Wednesday, July 3, 2013

Pentingnya Berterima Kasih (ขอขอบคุณคุณ)


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yg bermaksud : " Siapa yg tidak berterima kasih kpd manusia, ia tidak bersyukur kpd Allah. "

Pengajaran : Kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yg lebih berupaya dan berharta. Masing-masing ada rezeki tersendiri.

Kelebihan selawat ke atas Nabi SAW


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yg bermaksud : " Orang yg berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali."


Pengajaran : "Allah berselawat" bermaksud ,rahmat dan gandaan daripada Allah SWT. Justeru ,perbanyakkanlah selawat kepada Nabi SAW.

Pemutus Silaturahim




Daripada Jubair bin Mu'tim r.a., Nabi SAW bersabda yg bermaksud : " Tidak masuk ke syurga pemutus silaturahim. "



Pengajaran : Jauhilah daripada sikap berbalah sesama manusia . Janganlah menimbulkan kebencian orang lain terhadap kita dalam hidup bermasyarakat.

Dua jenis mata 0_0




Daripada Ibn Abbas r.a., NabiSAW bersabda yg bermaksud : " Dua mata yg tidak disentuh oleh api neraka; mata yg menangis kerana takutkan Allah , dan mata yg berjaga malam mengawal jalan Allah. "



Pengajaran : Menjadi suatu yg tercela apabila menangis beserta raungan yg kuat kerana kehilangan harta, kematian yg disayangi dan sebagainya. 

kenapa upmkb?


                  Disebabkan oleh gambar ini lah aku berada di upmkb sekarang nih..HAHAHA

*i wanna to be botanist, insha Allah*

Kekayaan Sebenar






Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yg bermaksud : " Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa. "


Pengajaran : Kekayaan jiwa adalah ilmu yg diadaptasikan dlm kehidupan seharian kita.

Ganjaran Kebaikan



Daripada Abu Mas'ud al-Ansari r.a., Nabi SAW bersabda yg bermaksud : " Sesiapa yg menunjukkan kpd kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yg mengikutinya."
Pengajaran : Tunjukkan teladan yg baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yg melihatnya.